Polis buat masa ini tidak melihat kematian penyanyi Irma Bule yang dipatuk ular tedung selar semasa persembahan di Jawa Barat, Ahad lalu sebagai disengajakan atau akibat kelalaian.
Pegawai polis polis Karang, Indonesia Doni Satria Wicaksono sebaliknya meminta orang ramai bersabar sementara menunggu pemeriksaan.
Pegawai polis polis Karang, Indonesia Doni Satria Wicaksono sebaliknya meminta orang ramai bersabar sementara menunggu pemeriksaan.
"Untuk sementara kami melihat tidak ada unsur kesengajaan," katanya seperti dilaporkan Detik.
Ibu Irma, Encum (satu nama) mendakwa arwah anaknya diberikan ular lain yang tidak biasa digunakannya sebelum ini.
Malah, Irma, yang dipanggil Eneng oleh anggota keluarganya, didakwa tidak pernah membuat persembahan menggunakan ular tedung selar.
Sebaliknya, lapor Detik, beliau biasanya menggunakan ular sawa sahaja.
“Eneng mungkin tidak tahu ular itu beracun.
“Dia hanya disuruh buat persembahan pakai ular itu, dan ularnya tidak pakai pita (di mulut)," sesalnya.
Kematian Irma sebelum ini mencuri perhatian dunia setelah beliau dilapor meneruskan persembahan sehingga habis lagu selepas paha kanannya dipatuk ular berbisa,
Malah, wanita 29 tahun itu sempat bergurau dengan penonton. Irma menghembus nafas terakhirnya pada awal pagi Isnin.
Sementara itu, Detik juga melaporkan Encum, 52, mendakwa barang-barang peribadi Irma termasuk wang dan barang kemas masih tidak dipulangkan penganjur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan