PANAS !!! Hafidz Roshdi Mengamuk Kepada Uqasha Senrose Di Instagram – Kau Dah Kenapa?

Sebelum ini Uqasha Senrose telah memuat naik beberapa status Twitter berbaur menyindir terhadap tunang Hafidz Roshdi, nampaknya Hafidz juga berasa tidak puas hati.

Melalui akaun Instagram miliknya, Hafids telah memuat naik cetakan skrin tweets tulisan Uqasha mengenai tunangnya dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya.



Dalam kapsyen yang ditulis oleh Hafidz beberapa jam lepas, dia menyatakan tidak perlu tunangnya dilibatkan kerana tunangnya okay sahaja.

 photo Cf0RgNXUIAAeO8_.jpg
Hafidz bagaimanapun telah memadam kapsyen dan cetakan skrin tersebut.

Dalam tweets yang ditulis oleh Uqasha sebelum ini, pelakon jelita itu menyuarakan bahawa tunang Hafidz bersikap kebudak-budakan kerana cemburu dengan kemesraan mereka untuk drama ‘Tundukkan Playboy Itu’ sedangkan ia hanya lakonan untuk drama.
Uqasha turut menambah sekiranya Hafidz diberi percuma kepadanya pun dia tidak mahu (jadi tunang Hafidz tidak perlu berasa cemburu).

Tulisan Uqasha mendapat sokongan peminatnya di Twitter namun begitu Netizen secara keseluruhan berpendapat Uqasha tidak perlu mengeluarkan komen sebegitu tentang tunang Hafidz kerana tindakan itu juga menunjukkan Uqasha juga bersikap kebudak-budakan.
Mungkin ada betulnya. Cemburu bagi seorang tunang perkara biasa, bukan? Buat relaks sudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan