+Seorang Tentera Laut Amerika Syarikat yang teruja dibenarkan pulang lebih awal daripada tugasan untuk menemui keluarga, terkejut apabila tindakan mahu merakam ekspresi isterinya berakhir dengan wanita tersebut sedang bercumbu dengan lelaki lain yang juga anggota tentera di rumah mereka.
%Dalam rakaman yang kini viral, kepulangan tentera tersebut kelihatan disambut dengan teriakan gembira anak perempuannya namun dia terus berjalan lalu memasuki bilik air dalam bilik tidurnya di mana si isteri sedang dalam keadaan bogel bersama lelaki asing berpakaian penuh.
Dapat didengar isterinya kelihatan amat terkejut lantas untuk menutup malu dia menjerit, “Apa kamu buat di sini?” lantas dijawab suaminya, “Apa yang kamu buat? Mencurangi saya?”
#@Si suami kemudiannya menghalau lelaki tersebut hingga ke luar rumah sambil bertanya nama dan pangkatnya, selain meminta supaya memandang pada kamera telefon bimbit, membuatkan lelaki tersebut terus melarikan diri.
Selepas rakaman ini dimuatnaik di Facebook pada 28 Julai lalu, ramai netizen mengutuk perlakuan isteri tentera tersebut dan pada masa sama, memuji tahap kesabarannya yang tidak menggunakan kekerasan walaupun diketahui sedang menahan marah yang amat sangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan